Tuesday, April 5, 2011

GAMBAR GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN 11 MAC 2011

The largest earthquake in Japan’s recorded history 

TOKYO : Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air. Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
SUMBER : bharian online

GAMBAR SEKITAR KEJADIAN










Nota:  Malapetaka atau bencana alam yang menimpa negara Jepun dan seluruh dunia menyaksikan kebesaran Ilahi. Kun Fayakun...yakni jadilah maka jadilah...Maka nikmat TuhanMu yang mana yang kamu dustakan? Alam dan cabaran minda. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.... 

Saturday, March 26, 2011

RADIASI SEMAKIN BANYAK DILEPASKAN

Lebih ramai penduduk Fukushima pindah

TOKYO: Paras radioaktif di perairan berhampiran loji nuklear Daiichi, Fukushima semakin meningkat semalam, dua minggu selepas ia mengalami kebocoran akibat gempa bumi 9 skala Richter disusuli ombak tsunami. Seramai 700 jurutera bertungkus-lumus mengepam air radioaktif dari loji yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo, bagi menstabilkannya selain menggerakkan semula pam air bagi menyejukkannya. Ada pihak mengesyaki reaktor itu bocor selepas tentera Amerika Syarikat turut membantu usaha menyejukkannya.

Agensi keselamatan nuklear berkata, ujian menunjukkan tahap iodin radioaktif melonjak ke paras 1,250 kali lebih tinggi berbanding kadar normal di sekitar kawasan perairan di loji berkenaan. Perkembangan terbaru di loji dan radiasi itu menyebabkan pihak berkuasa kini menggerakkan operasi memindahkan penduduk dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji nuklear berkenaan.

Selain itu, di Tokyo, bandar 13 juta penduduk, mencatat tahap radiasi 0.22 mikrosievert sejam, enam kali ganda paras normal. Ia masih dalam kategori normal Persatuan Nuklear Dunia iaitu 0.17 hingga 0.39 mikrosievert sejam. Tetapi, seorang pegawai di Kementerian Sains mengesahkan bahawa tahap radiasi harian di kawasan 30 kilometer ke barat laut loji berkenaan, paras melebihi had setahun. Begitupun, pegawai kanan dari Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear Jepun, Hideko Nishiyama berkata, pencemaran yang berlaku memberi risiko kecil kepada kehidupan laut.

“Arus lautan akan memecahkan zarah radioaktif dan menjadi sangat cair ketika dimakan oleh ikan atau hidupan laut lain,” katanya.

Nishiyama berkata, pihaknya sedang berusaha mencari jalan untuk menulenkan air di kawasan laut di situ agar tidak menjejaskan alam sekitar. Air mengandungi sisa radioaktif ditemui di dalam bangunan yang menempatkan tiga daripada enam reaktor yang terjejas di loji berkenaan. Khamis lalu, tiga pekerja melecur di reaktor nombor 3 selepas terdedah kepada paras radiasi 10,000 kali ganda lebih tinggi daripada paras normal di loji terbabit.

Reaktor ini adalah satu-satunya menggunakan campuran plutonium dan uranium. Plutonium adalah isotop radioaktif paling bahaya. Tidak hairanlah, di sebalik jaminan pihak berkuasa, perkembangan terbaru meningkatkan kebimbangan ke atas eksport makanan laut Jepun.

Krisis nuklear di loji Daiichi Fukushima, kini membayangi usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu dan menyebabkan lebih 27,500 orang terbunuh atau hilang. Ada negara sudah mengeluarkan larangan ke atas susu dan keluaran hasil pertanian dari wilayah di sekitar loji itu. – Reuters/Agensi 

SUMBER : Berita Harian 27 Mac 2011


Tuesday, February 1, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MELUKIS POSTER (3R) DAN GUBAHAN KRAFTANGAN HASIL DARIPADA BARANGAN KITAR SEMULA






PENGANJUR : Majlis Daerah Serian, Serian, Sarawak.
TARIKH AKHIR PERTANDINGAN : 12 November 2010  
TARIKH KEPUTUSAN PERTANDINGAN : 31 Januari 2011
PELAKSANA AKTIVITI INI DI SEKOLAH : Kelab PALS dengan kerjasama Panitia Seni Visual SK Serian


Isnin, 31 Januari 2011 Majlis Daerah Serian (MDS) telah mengumumkan keputusan penuh Pertandingan Melukis Poster 3R dan Gubahan Kraftangan 3R bertempat di dewan MDS, Serian. Tahniah diucapkan kepada para pemenang terutama murid-murid dari SK Serian yang telah menggondol beberapa hadiah berupa sijil, wang tunai dan piala. Aktiviti yang dipertandingan di peringkat daerah ini adalah bertujuan menggalakkan murid agar memanfaat barangan terbuang untuk dikitar semula. Murid-murid bukan sahaja dapat menjana idea kreatif dan meluahkan ekspresi seni melalui karya atau produk yang dihasilkan malah mereka juga berpeluang menyertai pertandingan ini buat julung kali.


Keputusan yang diperolehi oleh peserta dari SK Serian adalah seperti berikut:


1. Johan (Poster 3R) : Nurin Afiqah Bt Poisin 
2. Johan (Gubahan Kraftangan produk 3R daripada plastik) : Zulamirul Asyraf Bin Mohamad
3. Naib Johan (Gubahan Kraftangan produk 3R beg kitar semula) : Mohd Endra Shafiq 
4. Saguhati Poster 3R :  1. Rabiatul Adawiyah 
                                          2. Syazwani Bt Shamsudin
                                          3. Anisah Bt Norman Ismadi Omar
5. Saguhati Gubahan Kraftangan produk 3R : 1. Mohd Irfan Khushairie
                                                                               2. Muhaimin Asyraf Mohamad


Tahniah kepada murid SK Serian yang telah menyertai pertandingan ini. Usaha lagi dan teruskan kejayaan pada masa akan datang. 


Gambar sekitar Majlis Penyampaian Hadiah  

 Murid-murid diiringi oleh Guru Besar SK Serian, En. Ismail Bin Hj Bero dan Cikgu Jaafar

 Bergambar di hadapan Majlis Daerah Serian







 



Gambar karya / produk yang dihasilkan oleh murid


 











Saturday, January 22, 2011

Tabiat Membaca Rakyat Malaysia Meningkat 1.3 Peratus


Salam sejahtera, salam PSS dan salam satu Malaysia... ^_^ 
Dalam al-Quran surah al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud: 
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya". 
Betapa amalan membaca itu amat digalakkan dalam kehidupan. Kita tidak mahu digelar masyarakat yang buta huruf atau zero ilmu. Program kerajaan yang dianjurkan seperti NILAM dan gerakan membaca 1 Malaysia adalah suatu usaha murni dalam menarik ramai rakyat Malaysia membudayakan amalan membaca.
Tadi saya telah terjumpa dengan artikel ini daripada laman web I LUV ISLAM. Nampaknya akhir-akhir ini budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak 1.3 %. Dengan peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berinfomasi dan berpengetahuan. Jom kita baca artikel di bawah.
Berita di bawah ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) dan disiarkan dalam laman waeb I Luv Islam.  iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.
Tabiat membaca di kalangan orang ramai meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus tahun lepas dengan 56,676 telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara, menurut statistik Perpustakaan Negara. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata dalam tempoh itu 776,347 buku telah dipinjam oleh para pembaca iaitu peningkatan 9.5 peratus berbanding 2009.
Beliau memberikan butiran ini semasa melancarkan kempen galakan membaca 1Malaysia, kali pertama tahun ini, di sebuah rumah panjang Iban, Rh.Ijam di Nanga Sebuntang di kawasan Parlimen Julau di sini, malam tadi. "Rakyat Malaysia terutama di kawasan bandar pada umumnya kini mula menanam tabiat suka membaca. "Bagi yang tinggal di kawasan luar bandar patut mengikut langkah ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan semasa," katanya.
Salang berkata adalah penting supaya orang ramai mengamalkan budaya itu secara berterusan agar usaha kerajaan bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dapat menjadi kenyataan. Bercakap kepada pemberita kemudian, Salang berkata, beliau akan berusaha mewujudkan lebih banyak perkampungan WiFi bagi melengkapkan usaha Perpustakaan Negara bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang meminjam buku dari perpustakaan supaya memulangkannya mengikut jadual bagi memberi peluang orang lain meminjamnya pula. "Kami bangga bilangan yang gagal memulangkan buku-buku mengikut jadual tidak banyak. Meminjam buku adalah satu latihan mengenai disiplin peribadi," katanya. Salang juga menyampaikan bantuan khas berjumlah RM100,000 dari kementeriannya kepada lebih 20 pertubuhan agama dan sosial dari daerah Julau dan Pakan.
- Julau, 22 Januari 2011
Pesanan : Kepada anak-anak murid yang disayangi baca di atas tu.. jangan lupa pulangkan buku yang dipinjam tepat pada waktu ok. Alhamdulillah setelah disemak tahun lepas 2010 kurang bilangan yang gagal pulangkan buku berbanding tahun 2009 dan 2008. Diharap pada tahun 2011 ini lebih baik lagi berbanding tahun lepas. Insyaallah. TQ atas kerjasama:) 

Wednesday, January 19, 2011

DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat sumber adalah pusat yang mengumpul / menyebar berbagai-bagai maklumat dalam beberapa bilik / bangunan khas yang diurus secara sistematik oleh kakitangan media dan perpustakaan yang terlatih untuk memberi berbagai-bagai perkhidmatan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. (Kassim Abbas, 1989).

Maksudnya di sini Pusat sumber adalah merangkumi keseluruhan aspek, infrastuktur dan kemudahan sekolah. Pusat sumber adalah umpama payung besar dan dibawah payung besar ini adalah perpustakaan, makmal (komputer, pusat akses, makmal bahasa, makmal sains dan sebagainya). Selain itu bilik KH, katering, bengkel atau tempat taman herba, taman sains dan taman ilmu juga dianggap pusat sumber kita.

Perpustakaan ialah bilik atau ruang yang menyimpan bahan bacaan (buku, majalah dan bahan cetak). Ianya merupakan sebahagian unit dalam Pusat Sumber Sekolah. Sebab itu jika sekolah dicalon sebagai pusat sumber cemerlang atau contoh, semua aspek akan dinilai. Lebih jelas lagi PSS merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. PSS adalah satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat Kurikulumnya.

Friday, December 17, 2010

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SEKOLAH SK SERIAN



~MEMBACA GEDUNG ILMU~


"Setiap pendidikan adalah suatu bentuk pengembaraan dalam diri sendiri...."
"Every education is a kind of inward journey"

NKRA (National Keys Result Area)

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Followers