LATAR BELAKANG PUSAT SUMBER SK SERIAN
Pada asalnya Pusat Sumber Sekolah ini terletak di tingkat bawah blok bangunan utama sekolah. Ruang dalam bilik asal ini adalah terhad untuk menampung bilangan murid dan bahan sumber yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Bilik PSS yang lama terletak di blok utama bangunan sekolah
Ruang interior PSS yang baru (dalam proses susun atur dan keceriaan bilik)
Pada bulan Mei 2010 Pusat Sumber Sekolah ini telah berpindah ke sebuah bilik khas di blok bangunan kabin yang baru. Bahagian dalaman Pusat Sumber yang baru ini terdiri daripada:
1. Bilik Perpustakaan (Buku dan bahan bukan buku)
2. RuangTayangan (Kampus ASTRO)
3. Ruang Mesyuarat
4. Ruang BBM
- Bilik Perpustakaan
Bilik perpustakaan memberikan perkhidmatan pinjaman bahan-bahan buku kepada guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Perpustakaan ini mengamalkan Sistem Perpuluhan Dewey dalam mengkelaskan bahan-bahan buku. Selain itu pihak perpustakaan menyediakan khidmat pinjaman buku, ruang bacaan dan waktu bacaan untuk setiap kelas serta Program Galakan Membaca melalui NILAM. Papan-papan maklumat untuk tujuan penyebaran maklumat, carta-carta jawatankuasa, jadual bertugas, makluman juga disediakan.
Koleksi bahan:
a. Bahan buku
b. Fiksyen Melayu dan Fiksyen Bahasa Inggeris
d. Majalah
- Ruang Tayangan
Ruang ini digunakan untuk membuat sesuatu tayangan bagi tujuan P&P seperti tayangan filem, VCD dan Kampus Astro. Ruang ini juga digunakan oleh guru-guru untuk pengajaran yang memerlukan bahan tayangan.
- Ruang BBM
Ruang ini menempatkan Bahan Bantu Mengajar setiap matapelajaran bagi kegunaan setiap guru. BBM yang dipinjam/dipulanhkan akan direkodkan dalam buku rekod penggunaan. Selain itu ruang ini juga mempamerkan hasil kerja murid-murid di sekolah ini.
- Bilik Mesyuarat
Bilik mesyuarat terletak bersebelahan dgn bilik perpustakaan sekolah. Bilik ini digunakan untuk mengadakan pelbagai jenis mesyuarat seperti mesyuarat staf, mesyuarat kurikulum, kokurikulum, HEM, PSS, panitia, lain-lain mesyuarat, taklimat dan perbincangan pihak pemantauan.