SEJARAH SEKOLAH

 SK SERIAN

Sk. Serian merupakan sebuah sekolah yang tertua dan dibina berdekatan dengan jalan raya. Dahulu sekolah ini terletak berhampiran dengan masjid di Kampung Hilir berkeadaan daif dan agak terpencil. Ia dikenali sebagai Council School. Bilangan pelajarnya agak kecil dan terdiri daripada anak-anak penduduk kampung yang berdekatan seperti Kampung Munggu Limo, Kampung Hulu dan Kampung Hilir.
Disebabkan bangunan yang terlalu usang dan bilangan pelajar yang semakin ramai, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baru yang lebih kukuh dan boleh menampung bilangan pelajar yang ramai. Kini Sk. Serian dipindahkan ke Kampung Munggo Limo. Sekolah ini dipindahkan pada penghujung November 1982 dimana ia mula-mula digunakan oleh peserta-peserta kursus KBSR yang pertama untuk menjalani latihan selama seminggu. Sesi persekolahan pertama  dimulakan pada tahun 1983. kini ia mempunyai lebih kurang 500 orang murid, sementara tenaga pengajarnya seramai 40 orang.     
Ia mempunyai sebuah kelas pendidikan khas. Kelas tersebut adalah untuk menempatkan murid-murid istimewa. Selain itu terdapat 2 buah kelas pra sekolah dan 12 buah kelas biasa.  Setiap kelas biasa mempunyai seramai lebih kurang 35 hingga 50 orang murid.  Murid-murid yang bersekolah di sini adalah datang dari kampung yang berdekatan seperti Kampung Munggo Limo, Kampung Seroban, Kampung Ranchan, Kampung Hulu, Taman Anggerik dan Kampung Hilir.  Ada juga murid-murid yang datang dari kampung-kampung yang berdekatan dengan Bandar Serian seperti Kampung Kemayau, Kampung Pasir dan Kampung Kakai.
Kini SK Serian telah dilengkapi dengan 3 buah makmal komputer / bilik akses, sebuah Pusat Sumber Sekolah, Bangunan RMT, surau sekolah, tandas guru dan murid, kantin sekolah dan stor penyimpanan barang PJK dan alat perkebunan. 


NKRA (National Keys Result Area)

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Followers