PERINCIAN TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
A. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
2. Menentukan sumber kewangan PSS.
3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain.
6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.
B. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan
2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.
1. Bahan-bahan yang berbentuk buku
- Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-gambar, guntingan akhbar dan sebagainya
2. Menaip
- Pengautomasian PSS
3. Rekod
- Merekod dan menyimpan bahan-bahan / sumber yang masuk dan keluar
- Memantau murid srta disiplin murid
- Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan Stok
4. Seranta
- Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya.
5. Lain-lain Tugas
- Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
- Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Penyelaras PSS
D. SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain.
3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal.
4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas.
5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya.
6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal.
7. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap.
8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian.
9. Membantu mempromosikan PSS
10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna.
11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS.
12. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS.
E. SENARAI TUGAS GURU PANITIA / PENASIHAT KELAB
1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar.
2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri.
3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh guru besar.
4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.
5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.